Kepentingan Pendidikan MIB

BANDAR SEDRI BEGAWAN Selasa 16 November – Dalam usaha bagi memartabatkan, menanai dan
meningkatkan kepentingan falsafah serta konsep Melayu Islam Beraja kepada penuntut-penuntut
sebuah perkampungan MIB telah dianjurkan oleh jawatankuasa mata pelajaran Melayu Islam Beraja.

Selaku rakyat dan penduduk di negara ini mesti tahu, mesti faham,perlu menghayati dan
mengamalkan kosep MIB sebagai cara hidup yang sihat dan bermanafaat. Kalau bukan kita, siapa
lagi.

Perkara tersebut telah pun dipertengahkan oleh Ketua Unit MIB, Jabatan Perkembangan Kurikulum,
Pg Hj Mohammad bin Pg Hj Damit semasa ucapan alu-aluannya di perkampungan MIB yang telah
dilaksanakan di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI).

Beliau menerangkan bahawa perkampungan MIB seumpama ini merupakan salah satu cara untuk
melahirkan dan menyampaikan cetusan ide, pemikiran, mengemukakan isu-isu yang menyentuh
sosial, budaya, akademik dan sebagainya.

Katanya peserta-psera yang menyertai perkampungan MIB tersebut akan dapat mewujudkan cara
atau menujukkan contoh langak-langkah yang terbaik bagi mengatasi atau mengurangi isu-isu yang
tidak diingini.

Beliau menerangkan bahawa melalui media masa kita dapat mengetahui mengenai masalah sosial
semakin berleluasa khususnya di peringkat remaja, yang mana terlibat dengan kegiatan-kegiatan
sumbang dan tidak diningini. Malah ada perlakuan yang melanggar hukum syara’ dan undang-
undang.

Katanya kita semua tidak mahu perkara tersebut akan terusa berlaku terutaasekali di Negara
Brunei Darussalam. Kementerian Pendididkan telah mengorak langkah positif dengan memasukkan
pendidikan pengetahuan Agama Islam dan Pendidikan Melayu Islam Beraja sebagai mata pelajaran
teras.

Beliau menerangkan bahawa mata-mata pelajaran tersebut adalah bertujuan bukan sahaja
meningkatkan pengetahuan dan kefahaman agama malahan juga dihayati dan diamalkan. Malahan
pendidikan MIB adalah memupuk dan menyemai nilai-nilai moral yang terpuji bagi membina akhlak
yang mulia atau nilai-nilai kebruneian yang murni di samping mempelajari akademik yang lain.

Beliau mengatakan bahawa selaku warganegara Brunei mestilah mempertahankan cara hidup
keburneian yang sudah lama dipandang mulia yang dijanung tinggi oleh orang Brunei sendiri dan
juga masyarakat antarabangsa. Orang brunei selalunya ‘dilabel’ mempunyai budi pekerti yang mulia
seperti ramah mesra, berbudi bahasa, lemah lembut, bersopan santun dan berawar galat, hormat0
menghormati, serta beradat istiiadat.

Menurutunya, sifat-sifat seperti nilah yang mendajikan orang Brunei amat digelati dan disegani dan
unsure-unsur nilai-nilai murni inilah diantaranya yang terkandung dalam kurikulum mata pelajaran
Melayu Islam Beraja.

Pendidikan MIB bermula sejak tahun 1992, bermakna pelajar-pelajar yang ada sekarang sudah
terdidik dengan pendidikan MIB selama 18 tahun, dan para pelajar sudah faham dan dapat
memparktikan atau mengamalkan cara hidup yang sihat terutama mengamalkan sikap bersopan
santun, hormat-menghormati dan taat kepada raja serta mematuhi undang-undang.

Aktiviti-aktiviti yang berkebajikan seperti perkampungan MIB ini perlulah diperkembangluaskan
dan dipelbagaikan sebagai suatu amalan yang sihat lagi bermanfaat serta berkesinambungan dari
semasa ke semasa dan juga dapat meningkatkan kesedaran dan keyakinan para pelajar betapa
pentingnya konsep MIB itu dalam kehidupan beragama, bermsyarakat dan bernegara seperti mana
yang terkandung dalam tujuan perkampunan MIB.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: