Jerayawara Perancangan Kewangan TAP

BANDAR SERI BEGAWAN Khamis 11 Mac – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui aJabtan Komunikasi Korporat tealh meneruskan lagi aktivinit bulan perancagan kewangannya dengan memberikan talkimat mengenai Skim Tabung Amanh Pekerja (TAP), Skim Persaraan Caruman Tambahan (SCP) dan Perancagan Kewangan kepada PEgawai Pelajaran di Klusert 1 yang telah berlangsung di Dewan Utama Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan.

 Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pemangku Pengruas Jabatan Komunikasi Korporat, TAP, Awamg Rosli bin Haji Haron telah menyentuh mengegenai dengan sejarah penubuhan TAP, kadar caruman dan skim pengeluaran dan manfaat skim berkenaan. Beliau telah menerangkan bahawa skim TAP ditubuhkan 1hb Januari 1993 dengan tujuan utuk membantu rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam untuk membuat perancangan yang teratur untuk hari persaraan. Menurutnya, mengikut undang-undang dibawah akta TAP 167, dimestikan mencarum 5% dari gaji pokok mereka dan 5% dari pihak majikan.

Caruman bulanan sebanyak 10% tersebut adalah bertujuan untuk membantu ahli-ahli mempunyai simpanan tetap dalam membantu kesejahteraan di hari persaraan mereka, dana terskulu ahli tersebut boleh dikeluarkan melaui 6 skim pengeluran sepertimana telah ditetapkan dalam akta TAP 167 iaitu pengeluaran 55 tahun, pra persaraan 50 tahun, membeli atau membina rumah baru, hilang upaya, hijrah ke negara lain dan hak waris.

Beliau juga telah menjelaskan bahwa objektif utama skim SCP adalah untuk memastikan semua peserta skim SCPyang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, menerima bayaran pendapatan bulanan minimum sebanyak $150.00 selepas mencapai umurpersaraan mandatori iaitu genap 60tahun.

Katanya, melalui skim tersebut yang menjamin bayaran bulanansebanyak $150.00, dan dicampur dengan bayaran pencen tua (OAP) sebanyak $250 yand dihulurkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada masa ini, para pesara akan menerima pendapatan bulanan minumum berjumlah keseluruhan sebanyak $400.00.

Beliau juga menerangkan bahawa melalui skim SCP, pekerja dan majikan dikehendaki untuk membuat caruman vulanan sebanyak 3.5% dari gaji pokok pekerja dan 3.5% dari pihak majikan. Caruman minumum dari pihak majikan ialah $17.50 berdasarkan gaji $500.00 dan caruman maksimum ialah $98.00 berdasarkan gaji $2800.00.

Manakala taklimat perancagan kewangan telah disampaikan oleh perancangan kewangan Bank BICB Capital, Dayng Ida Nazerna Haji Bujang, yang telah menberi penerangan dan kesedaran para pesert mengenai kepentingan perancangan kewangan dan bagaimana untuk memulakannya dalam usaha mengatur perbelanjaan yang bersisitem untuk mencapai matlamat sesorang.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: