Majlis mendirikan tiang rumah baru bagi dayang Bintang binti Sabtu

JERUDONG Rabu 9 Mac – Sebagai usaha membantu golongan daif di Negara Brunei Darussalam yang memerlukan tempat kediaman yang selesa dan selamat, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sulatan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi agansi-agensi berkenaan seperti Majlis Ugama Islam, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan sentiasa menghulurkan bantuan tersebut kepada mereka yang tidak mampu membina, menyiapkan dan membaikpulih tempat tinggal mereka yang telah using dan memerlukan perbelanjaan kewangan yang begitu besar.

Sehubung dengan itu, Dayang Bintang binti Sabtu telah menerima bantuan yang mana kos perbelanjaan bagi membina rumah sebanyak $29,000 daripada agensi-agensi kerajaan. Majlis Ugama Islam Brunei telah memnyumbangkan $15,000, Jabatan Pembangunan Masyarakat sebanyak $5,000, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebanyak, $5,000 dan Tabung Amal Jabatan Daerah Brunei dan Muara sebanyak $4,000.

Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Dato Paduka Awang Haji Md Husof bin Bakar telah menyempurnakan majlis mendirikan tiang rumah baru tersebut. Juga turut hadir pada majlis tersebut adalah Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Musa bin Hj Tahir, Ketua Kampung Jerudong, Haji Mohd Rais bin Haji Ishak, Pemangku timbalan setiausaha majlis ugama Islam Brunei, Hajah Mahani binti Musa dan ahli-ahli mukim perunding kampong jerudong. Sementara Dayang Bintang telah bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sulatan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Beliau adalah sebagi suri rumah tangga dan ada 4 orang anak, manakala suaminya hanya berkerja sambilan sebagai mekanik. Sebelum ini tinggal dibawah rumah ibunya di Jerudong. Tempat kediaman tersebut hanya ada satu bilik ruang tamu, dapur dan satu bilik tidur, yang mana beliau, anak-anak dan suami tinggal. Beliau menceritakan pengalamannya tinggal dirumah tersebut, yang mana apabila hujan lebat, setentunya tempat kediamannya akan dimasuki air. Beliau juga berkesempatan untuk mengucapkan terimakasih kepada, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sulatan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Majlis Ugama Islam Brunei, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi memberi pertolongan baginya dan keluarga.

Perlaksanaan kerja-kerja membina rumah tersebut adalah atas inisiatif dan hasil kerjasama yang erat serta usaha bersepadu Jabatan Daerah Brunei dan Muara bersama-sama dengan agensi-agensi Kerajaan yang lainnya khasnya Majlis Ugama Islam, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dalam memberi maklumat, mengenalpasti dan seterusnya memberikan bantuan kewangan bagi membina, menyiapkan dan membaikpulih kewangan bagi membina, menyiapkan dan membaikpulih rumah-rumah daif kepunyaan mereka yang tergolong sebagai orang susah dan asnaf zakat.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: