New Motors menyokong usaha PEMODA

YDP PEMODA menerima chek dari PEngarah Urusan syarikat NewMotors SDN BHD, Ng Tze Chiang

BANDAR SERI BEGAWAN Khamis 4 Mac – Dalam usaha bagi memberi menyokong usaha dan dedikasi Persatuan Motorsikal Darussalam(PEMODA) bagi menyatupatukan pengemar-pengemar dan peminat-peminat motorsikal di Brunei Darussalam dan juga kepulauan Borneo, Syarikat NewMotors Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan memberi sokongan dari segi bantuan kewangan kepada PEMODA.

Pengarah Urusan Newmotors Sdn Bhd, Ng Tze Chiang mengatakan bahawa PEMDOA telah banyak membuat acara-acara raidah bukan sahaja bagi ahli-ahlinya malah juga bagi masyarakat umum. Ini menunjukan bahawa PEMODA adalah salah satu persatuan yang aktiv dalam pelbagai acara-acara di Brunei. Belaiu mengatakan bahawa keputusan bagi memberi sokongan padu pada PEMODA dari segi kewangan adalah salah satu keputusan yang dibuat dengan senang, kerana PEMODA telah menampilkan imej yang sangat positif kepada masyarakat. Beliau menambah bahawa PEMODA juga telah berulang kali menyokong syarikat Newmotors Sdn Bhd pada tahun-tahun sebelumnya.

Yang Di Pertua PEMODA, Hj Maidin bin Momin, telah mengatakan bahawa sokongan dari syarikat Newmotors sdn bhd adalah salah satu petanda bahawa hala tuju persatuan PEMODA adalah yang baik, dan dengan sokongan seperti ini dari syarikat penjual motorsikal, PEMODA akan dapat terus maju kehadapan dan membangun lagi persatuan PEMODA. Beliau berharap bahawa sokongan dan persahabatan yang berjaling selama ini akan dapat terus diteruskan kerana tanpa sokongan dan persahabatan dari syarikat-syarikat pemobrong motorsikal seperti Newmotors, setentunya persatuan motorsikal seperti PEMODA tidak akan dapat maju kehadapan sejauh ini.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: