BMR Menghargai saksi-saksi

JERUDONG Khamis 18 Februari – Biro Mencegah Rasuah (BMR) memandang tinggi serta menghargai terhadap pelapur-pelapur kes rasuah, saksi-saksi bagi kes rasuah dan siapa saja yang berkerjasama dengan BMR dalam memerangani gejala-gejala rasuah.

Dengan adanya orang-orang seperti ini, Insyallah rasuah akan dapat di sekat. Kata Tetamu kehormat majlis penghargaan kepada saksi-saksi utama mengenai kes pembincaraan Biro Mencegah RasuahPemangku Pengarah BMR Hj Abd Raub bin Haji Mohd Yassin semasa ucapannya di Empire Hotel and Country Club Jerudong.

Beliau mengakaan bahawa menjadi saksi didalam satu-satu perbicaraan bukanlah perkara yang senang. Ia memerlukan sesaorang yang beriman, berani tidak sukakan perkara-perkara mungkar seperti rasuah.

Pada tahun 2009 sebanyak 8 kes telah selesai perbicaraannya di mahkamah dimana 7 daripada orang yang didakwa telah didapati bersalah sementara seorang didapati tidak bersalah.

Seramai 10 orang telah menerima sijil dan surat penghargaan BMR yang terdiri daripada warga perkhidmaan awam, pihak swasta dan orang awam. Majlis penghargaan tersebut adalah merupakan projek tahuana yang dikendalik oleh Bahagian Penyisatan BMR bagi menghargai kerjasama dan bantuan orang ramai kepada BMR, sama ada pihak pegawai dan kakitangan kerajaan, pihak swasta atau orang awam, khusunya membantu dalam penyiasaan dan pendakwaan.

Peranan atau kerjasama yang telah diberikan oleh penerima-penerima sijil dan surat penghargaan adalah sangat besar ertinya dan ianya bukan sahaja bagi kepentingan BMR bahkan ianya adalah juga bagi kepentingan bangsa san negara secara kesuluruhannya.

Jika rasuah tidak dibenteras atau dicegah maka ianya akan menjadi penyakit mesyarat yang akhirnya akan membawa padah dan keruntuhan kepada Negara Brunei Darussalam.

Adalah diharpkan Kementerian/Jabatan Kerajaan ataupun pihak swasta akan sentiasa berganding bahu dengan BMR dengan melapurkan kes-kes yang berbau rasuah agar ianya dapat dicegah dan sterusnya menjadikan Negara Brunei Darussalam bersih dari rasuah.

Perlindungan adalah idiberikan kepada pemberi-pemberi maklumat dengan merahsiakan nama-nama merka seperti yang terkandung dalam bab 30 Akta Pencegahan Rasuah.

Bagi membuat laporan mengenai rasuah bolelah telefon 8721002 / 2382211 – BSB, 8721003 / 3331560 – Kuala Belait, untuk keterangan lanjut sila layaril laman web www.bmr.gov.bn atau email – info@acb.gov.bn.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: