IP – Taklimat mengenai SKIM SCP

semasa taklimat scp dengan pihak media-

BANDAR SERI BEGAWAN Sabtu 6 Januari – Dalam usaha untuk membri maklumat mengenai tatacara pembayaran skim persaraan caruman tambahan (SCP) unit SCP melalui Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan sidan media bertempat di bilik mesyuarat pelaburan, Jabatan Pelaburan, Tingkat 6, Bangunan Kementerian Kewangan. Taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Pengurus, Jabatan Cawangan, Tabung Amanah Pekerja, Awang Akramin bin Haji Ashari, telah menerangkan bahawa taklimat tersebut bertujuan untuk memberikan penerangan dan butiran lanjut mengenai Skim Persaraan Caruman Tambahan atau ‘Supplemental Contributory Pension’ (SCP).

Skim SCP adalah merupakan skim persaraan tambahan kepada Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang dilaksanakan pada masa ini. Skim SCP ini akan memberikan manfaat bayaran pendapatan bulanan kepada peserta setelah mencapai umur persaraan mandatori iaitu genap umur 60 tahun dan akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.

Beliau telah menjelaskan bahawa Skim Persaraan Caruman Tambahan (PCT) adalah merupakan skim persaraan tambahan kepada Skim TAP. Sepertimana jua Skim TAP, ianya diwajibkan kepada semua pekerja di sektor awam dan sektor swasta. Bagaimanapun mereka yang memegang jawatan berpencen di dalam Perkhidmatan Awam atau sedang menerima bayaran pencen bulanan Perkhidmatan Awam adalah dikecualikan untuk menyertai Skim ini. Disamping itu, sektor informal juga adalah digalakkan untuk menyertai skim ini.

Skim ini adalah merupakan skim defined contribution yang menghendaki setiap peserta dan majikan untuk membuat caruman yang perlu dibuat secara bulanan menurut Undang-Undang. Katanya, objektif utama Skim PCT ini adalah untuk memastikan semua peserta Skim PCT, yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, menerima bayaran pendapatan bulanan minimum (annuity) sebanyak B$150 (Ringgit Brunei: Seratus Lima Puluh) setelah mencapai umur persaraan mandatori iaitu genap umur 60 tahun. Melalui Skim ini, yang menjamin bayaran sebanyak B$150 (Ringgit Brunei: Seratus Lima Puluh), dan dicampur dengan bayaran Pencen Tua (OAP) sebanyak B$250 (Ringgit Brunei: Dua Ratus Lima Puluh) yang dihulurkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada masa ini, para pesara akan menerima pendapatan bulanan minimum berjumlah keseluruhan sebanyak B$400 (Ringgit Brunei: Empat Ratus).

Di samping itu, Skim PCT ini juga memberi pembayaran manfaat ‘survivorship’ bagi menjamin kesejahteraan tanggungan sekiranya peserta meninggal dunia sebelum bersara mandatori. Manakala kadar caruman bulanan yang ditetapkan pada waktu ini ialah minimum sebanyak 3.5% daripada peserta dan 3.5% daripada majikan mereka yang membawa jumlah caruman minimum keseluruhan sebanyak 7% daripada gaji bulanan peserta. Kedua-dua caruman yang dibuat tersebut akan dibahagikan untuk dua tujuan utama Skim iaitu 6% caruman tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun PCT peserta dan 1% adalah untuk pembayaran bagi perlindungan ‘Survivorship’.

Borang-Borang SCP

Bagaimanapun jumlah caruman minimum adalah sebanyak B$35.00 (Ringgit Brunei: Tiga puloh lima) sebulan iaitu B$17.50 (Ringgit Brunei: Tujuh belas dan sen: lima puloh) bagi setiap peserta dan B$17.50 (Ringgit Brunei: Tujuh belas dan sen: lima puloh) oleh majikan mereka. Perkiraan tersebut mengambil andaian bahawa gaji bulanan yang diterima oleh peserta ialah B$500.00 (Ringgit Brunei: Lima ratus.

Beliau menerangkan bahawa jika gaji seseorang peserta Skim PCT adalah lebih rendah daripada B$500.00 (Ringgit Brunei: Lima ratus) dan berdasarkan kadar caruman 3.5% yang ditetapkan, jumlah carumannya sebulan adalah di bawah B$17.50 (Ringgit Brunei: Tujuh belas dan sen: lima puloh), maka pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan memberi caruman bantuan (top-up) untuk mencukupkan jumlah caruman kepada B$17.50 (Ringgit Brunei: Tujuh belas dan sen: lima puloh).

Bagaimanapun, pihak majikan mereka masih lagi dikehendaki membayar caruman minimum yang sama iaitu B$17.50 (Ringgit Brunei: Tujuh belas dan sen: lima puloh). Jika setelah membuat caruman 7% dari gaji bulanan secara berterusan selama 35 tahun, peserta itu masih tidak mempunyai jumlah simpanan yang mencukupi di dalam Skim PCT apabila mencapai umur persaraan mandatori (genap umur 60 tahun), maka mana-mana kekurangan akan dibiayai oleh pihak Kerajaan melalui Dana Persaraan.

Beliau juga menjelaskan bahawa untuk tidak membebankan pihak majikan terutama syarikat-syarikat perniagaan, perkiraan kadar caruman maksimum yang dibuat oleh pihak majikan ialah 3.5% daripada B$2,800.00 (Ringgit Brunei: Dua ribu dan lapan ratus) walaupun terdapat di antara pekerja mereka menerima gaji bulanan melebihi B$2,800.00 (Ringgit Brunei: Dua ribu dan lapan ratus) sebulan.

Sebagai misal, jika seorang peserta PCT tersebut menerima gaji bulanan sebanyak B$5,000.00 (Ringgit Brunei: Lima ribu) sebulan, majikan hanya dimestikan mencarum sebanyak B$98.00 (Ringgit Brunei: Sembilan puloh lapan sahaja) sebulan untuk pekerja berkenaan. Bagaimanapun peserta PCT boleh memilih untuk mencarum lebih daripada B$98.00 (Ringgit Brunei: Sembilan puloh lapan) sebulan jika berhasrat untuk berbuat sedemikian untuk membolehkan ianya menerima pendapatan persaraan yang lebih tinggi setelah mencapai persaraan mandatori iatu genap umur 60 tahun.

Untuk keterangan lanjut mengenai skim SCP, orang ramai bolehlah melayari laman web http://www.mof.gov.bn

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: