Bengkel ICT bagi Kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka

SENGKURONG Rabu 3 Februari – Perpustakaan adalah merupakan gedung khazanah ilmu pengetahuan, pusat pengembangan budaya ilmu dan pertumbuhan intelek yang memberi peluang dan ruang untuk mencari dan menggali ilmu pengetahuaan.

Perkara tersebut telah dihuraikan oleh Ketua Bahagian Perpistakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Haji Sahari bin Haji Nassar, semasa Bengkel Kemajiran ICT bagi pegwai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berlangsung di bilik ICT, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sengkurong.

Menurutnya perpustakaan juga adalah merupalan institusi penting yang memelihara khazanah warisan negara secara lengkap lagi terarah untuk kemudahan penyibaran maklumat seluas-luasnya kepada segenap golongan masyarakat.

Beliau menerangkan bahawa perpustakaan sekarang dengan perkembangan pesat ICT tidak lagi dapat wujud dalam kolong fungsi tradisionalnya, tetapi ia telah berkmbang maju sesuai dengan peranannnya yang proaktif dan selari dengan perkembangan semasa.

“Kita menyedari  bahawa perpustakaan mesti berdiri sebagai sebuah institusi yang dinamik dan sentaisa berkembang maju bagi menyokong wawasan negara 2035 dari semua aspek atau bidang seperti pendidikan, ekonomi, kebudayaan, sosial dan politik, dengan tujuan untuk pembangunan bangsa yang merangsang pembinaan minda dan budaya, ilmy tany menggalakkan masyarakat seupaa sentiasa cerdas, pintar dan mengekalkan tarf penghidupan tinggi,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Jabtan Dewan Bahasa dan Oustaka khusunya bahagian perpustakaan akan sentiasa peka dan akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan mengembangluaskan lagi ilmu pengetahuan serta kemahiran yang ada pada setiap pegawai dan kakitangan terutama sekali dalam bidang kemahiran ICT.

Beliau juga berharap akan semua peserta bengekl kemahiran ICT supaya akan dapat merbut peluang keemasaan dan ilmu pengetahuan yang akan diberikan dengan spenuhnya demi untuk kemajuan bangsa, agama dan negara.

Bengkel Kemahiran ICT selama tiga hari tersebut telah dijalankan oleh Pengurus Am, Pembangundan Pendidikan Tecknikal, Akademi ILM, Tel Bru, Mahdiana Haji Mahmud, yang mana telah mencurahkan ilmu pengetahuan beliau dalam bidang Microsoft Excel.

Antara tujuan bengkel tersebut adalah bagi memberi peluang bagi pegawai dan kakitangnan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memahirkan diri dalam bidang ICT khusunya Microsof Excel bagi memudahkan dan melancarkan lagi kerja seharian mereka.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: