sembahyang Hajat bagi ahli PEMODA

BANDAR SERI BEGAWAN  Rabu 19 Januari – Sikap pemedulian dan semangat setia kawan adalah salah satu sikap yang terpuji dikalangan masyarakat. Malah sikap tersebut telah dibimbing dan dikuatkan lagi dalam persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) terutamasekali apabila satu tragedy yang menimpa salah seorang dari ahlinya.

PEMODA telah mengadakan majlis sembahyang sunaat hajat bagi meminta pertolongan ALLAH bagi mencepatkan dan menyembuhkan salah seorang dari ahlinya, Zulkifli Hj Ismail yang telah menimpa kemalangan yang telah menyebabkannya dalam keadaan kritikal.

Sembahyang sunaat hajat tersebut telah diadakan di surau hospital RIPAS.

Menurut Yang DiPertua PEMODA, Hj Maidin bin Momin, Zulkifli telah dibawa ke unit kecemasan semasa malam ahad, dan sekarang berada di unit intensif, yang mana beliau adalah dalam keadaan yang stabil tetapi masih dianggap kritikal.

Beliau mengatakan sikap pemedulian dan semangat setia kawan yang ada dalam persatuan PEMODA bolehlah dilihat apabila semasa majlis sembahyang hajat bagi pemulihan segera salah seorang dari Ahlinya, ahli-ahli dari semua daerah telah turun bagi mendoakan keselamatan dan kepulihan Zulkifli.

Beliau menjelaskan bahawa semasa Zulkfili dibawa bilik Unit Intesif hari pertama, sudah beberapa orang ahli PEMODA dan rakan-rakan telah melawatnya. SMS telahpun diedarkan bagi mengadakan majlis sembahyang hajat tersebut bersama keluarganya.

Manakala isteri Zulkfli, Aneta serta keluarganya telah mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa-doa dari ahli-ahli PEMODA dan juga teman-temanya yang telah menziarahi Zulkfili di unit intesif tersebut.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: