Kempen Derma Darah bagi Bomba dan Penyelamat

LAMBAK KANAN rabu 23 Disember – Tolong-menolong atau bantu-membantu antara sesama kita adalah merupakan satu amalan yang paling mulia di sisi agama Islam.

Tidak kiralah membantu dari segi bentuk wang ringgit, tenaga mahupun buah fikiran, apatah lagi membantu dalam memberi harapan atau sinar baru bagi kehidupan orang lain dengan menderma darah.

Darah ialah satu cecair yang ada dalam tubuh badan kita yang berharga, kerana tanpa darah bersih yang mencukupi, badan kita akan terasa lemah, kita akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Ini jelas membuktikan betapa pentingnya darah untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.

 Oleh itu, memandangkan faedah dalam kegunaan darah semakin diperlukan, maka pihak berkenaan telah menubuhkan satu tabung khas yang dikenali dengan Tabung Derma Darah Negara, bagi sama-sama berganding bahu dalam pendermaan atau penerimaan darah untuk diserahkan dan disimpan bagi keperluan darah untuk mereka yang memerlukan.

Sehubung dengan itu pusat latihan Bomba dan Penyelamat Lambak Kanan telah mengadakan kempen derma darah pada hari ini yang mana lebih dari 45 pegawai dan kakitangan pusat latihan telah berganding bahu dan menderma darah bagi kebaikan masyarakat.

Menurut Pemangku komanden Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Lambak Kanan, Pg Hj Asmail bin Pg Hj Ahmad ini adalah kali ke 4 yang mana ahli-ahli pusat latihan bomba dan penyelamat Lambak Kanan telah mengadakan kempen menderma darah dan kempen tersebut merupakan aktiviti tahunuan bagi pusat tersebut. End

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: