IP- Pengalaman peserta Program Kapal Belia 2009

BANDAR SERI BEGAWAN Selasa 8 Disember – Program Kapal Belia Asia Tenggara bukan sahaja memperluaskan dan memperkasakan para peserta dengan program-program dan lawatan yang dikendalikan malah program tersebut juga adalah salah satu jambatan bagi belia-belia untuk melihat dengan lebih dekat budaya, tradisi, masyarakat dan adat resam negara-negara ASEAN dan Jepun. Ianya juga adalah salah satu landasan bagi peserta-peserta untuk mengeratkan tali persahabatan dikalangan belia-belia ASEAN yang mana mereka adalah salah satu harapan untuk menjadi pemimpin di hari kemudian.

Hjh Nurjalilah bte Haji Mohammad seorang peserta dari Brunei Darusssalam, mengatakan bahawa beliau berminat dengan program yang disedikan oleh program kapal belia asia tenggara, yang mana beliau boleh mengetahui adat resam Negara-Negara ASEAN dan juga Jepun. Salah satu cabaran baginya adalah meningalkan keluarganya sepanjang program kapal belia, selama 2 bulan, dan juga mengenai makanan, iaitu makanan halal yang susah didapati di negara-negara bukan Islam. Beliau juga menerangkan bahawa pengalaman yang didapati semasa mengikuti program belia adalah banyak, dan telah membuka mata beliau pada pengalaman, budaya dan masyarakat pada setiap negara yang beliau lawati.

Manakala peserta dari Jepun, Shiori Oguchi, telah mengatakan bahawa cabaran baginya adalah mengenai bahasa. Beliau menerangkan bahawa kemahiran bahasa inggeris adalah berbeza dikalangan peserta-peserta, dan baginya ini adalah salah satu cabaran baginya apabila hendak berkomunikasi bersama peserta-peserta. Beliau mendapat tahu mengenai program kapal belia dari kawan-kawannya di Universiti yang pernah mengikuti program tersebut. Menurtnya, teman-temannya mengatakan bahawa program tersebut adalah salah satu program yang sangat baik untuk berpertukran pendapat, dan pertukaran budaya dikalangan peserta-peserta program kapal belia.

Peserta dari Indonesia, Satriya Wijaya, menjelaskan bahawa dengan mengikuti program kapal belia asia tenggara, beliau telah berpeluang untuk melawat negara-negara di asia tenggara, yang mana telah membuka mindanya pada masyarakat, budaya, dan juga keindahaan sesebuah negara tersebut.

Beliau mengatakan bahawa beliau berminat untuk mengikuti program kapal belia asia tenggara kerana program tersebut adalah sangat bermanfaat untuk melatih kepimpinan, pemahaman diantara negara-negara ASEAN dan Jepun, serta meluaskan lagi kenalan-kenalan dari luar negara. Beliau juga mengatakan bahawa program keluarga angkat yang telah dirancangkan dalam program tersebut adalah salah satu peluang yang baik baginya dan juga peserta-peserta untuk mendalami lagi budaya, masyarakat, tradisi, dan gaya hidup sesebuah masyarakat di asia tenggara.

Pengalaman tersebut juga dikenang oleh peserta dari Negara Filipina, Robert Mutia, yang mana baginya, menikmati makanan-makanan tradisi adalah salah satu kenikmatan yang tidak pernah beliau alami, dan beliau berharap akan dapat mengikuti program kapal belia dikemudaian hari kerana program tersebut telah menemukannya dengan kawan-kawan yang akrab dari negara-negara Asia Tenggara.

Cabaran yang beliau hadapi adalah mengenai bahasa, iaitu semasa tinggal bersama keluarga angkatnya. Kadang-kadang beliau mengatakan bahawa mereka akan berbual dengan mengunakan isyarat sahaja. Beliau juga mengakatan bahawa salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila belia-belia dalam program tersebut membuat persembahan budaya, yang menonjolkan budaya masing-masing.

Setelah berbulan-bulan bersama sama, tali persahabtan dikalangan para peserta sudah menjadi erat. Para peserta sudah menjadi sebuah keluarga, iaitu keluarga kapal belia yang mana mereka tidak akan dapat melupakan. Pengalaman yang yang telah didapati dalam program tersebut adalah salah satu pengalaman yang sangat berharga bagi mereka semua. Adalah harapan semua peserta untuk sentiasa berhubung dengan sesame sendiri, walaupun mereka telah dipisah. Mereka telah dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang erat, dan keluarga-keluarga angkat mereka telah memberi mereka salah satu pengalaman yang tidak dapat diulangi lagi.

Program Kapal Belia Asia Tenggara menemukan belia-belia yang berpotensi dengan harapan pada masa hadapan mereka akan mengunakan pengalaman yang mereka perolehi semasa program kapal belia asia tenggara dalam kerja dan kehidupan mereka.

  1. #1 by amlyne on June 14, 2010 - 2:28 pm

    how to apply this programs?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: