IP – Jemaah Haji Brunei selamat pulang ke tanah air

Lapangan terbang antarabangsa telah dibanjiri dengan ratusan keluarga dan sahabat andai yang menanti ketibaan jemaah haji Negara Brunei Darussalam.

Dengan titisan air mata dan wajah-wajah yang gembira, keluaraga jemaah-jemaah haji seramai 181 yang merupakan jemaah haji penerbangan pertama, telah memeluk erat saudara mereka yang sudah dekat sebulan meningalkan tanah air, serta keluarga untuk menunaikan fardu haji, rukun Islam yang paling berat.

Jemaah haji rombongan pertama ini merupakan jemaah haji yang mengikuti Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd dan straits central agency senderian berhad.

Penerbangan jemaah haji pada tahun ini seramai 766 orang jemaah haji telah berdaftar untuk menunaikan rukum islam yang kelima dengan mengikuti empat penerbangan khas.

Ibadah Haji adalah wajib dan salah satu dari rukun Islam, walaubagaimanapun ibadah Haji adalah salah satu ibadah yang berat, dan hanya yang mampu, (dari segi physikal dan kewangan) hanya dapat menunaikannya.

Dengan itu semangat bagi menunaikan ibadah haji adalah tinggi dikalangan orang Brunei, akan tetapi sebab-sebab menunaikan ibadah haji tersebut berbeza pada setiap seorang.

Semasa menemubual bersama salah seorang jemaah haji yang baru pertama kali menunaikan ibadah haji, Haji Mohd Nawawi bin Haji Zaini mengatakan bahawa beliau terpaksalah meningalkan isteri dan tiga anak kecil di tanah air, dan menunaikan fardhu haji.

Bagi beliau meninggalkan keluarganya adalah salah satu pengorbanan yang berat yang dialaminya. Beliau mengatakan bahawa semasa menunaikan fardu haji beliau sentiasa mengigati keluarganya yang ada di Brunei.

Beliau serta adiknya , Haji Abu Asaruddin bin Haji Zaini telah menunaikan fardhu haji bersama-sama yang mana mereka berdua sudah berniat untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Haji Mohd Nawawi mengatakan pengalaman haji adalah sangat istimewa, dan akan beliau hargai buat selama-lamanya. Rintangan dan cabaran yang beliau dan adiknya telah mengalami semasa di tanah suci  telah dihadapi dengan penuh kesabaran dan tawaduk.

Ini merupakan haji yang pertama bagi dirinya dan adeknya. Mereka sangat terharu dengan suasana haji bukan sahaja dengan lawatan ke tempat-tempat yang bersejarah malah juga dengan kebesaran Illahi yang telah membuka hati mereka untuk menunaikan fardhu haji.

Semasa berada di tanah suci, beliau mengatakan beliau merasa dekat pada Illahi dan juga dengan kaum Islam yang telah menunaikan fardhu haji tahun ini. Beliau berharap beliau akan dapat dikurniakan umur panjang dan rezeki lebih supaya beliau dapat menunaikan ibadah haji lagi bersama semua keluarganya.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: