IP – Majlis Penutup CCA Maktab Sains

BANDAR SERI BEGAWAN Rabu 25 Nobember – Bagi menggilap dan mengasah bakat kepimpinan pelajar disamping melatih sikap berdikari dan berdisiplin bagi melahirkan generasi muda yang tahan lasak, berdaya saing dan berketerampilan, aktitiviti aktiviti kokurikulum (CCA ) yang di laksanakan di sekolah-sekolah di nagera ini adalah salah satu aspek yang penting bagi mencapai pendidikan yang holisitk.

Perkara tersebut telahpun di sentuh oleh  Pengarah  Pentadbiran dan perkhidmatan-perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Hj Md Taib bin Datu Hulubalang Hj Wahab semasa ucapan alu-aluannya di majlis Penututp CCA dan pelancaran kad potongan harga PIBG yang telah diadakan di dewan auditorium Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

Beliau mengatakan bahawa melalui aktiviti kokurikulam adalah diharapkan pelajahr akan dapat mengembangkan cirri-ciri khusus bagi membina peribadi mereka seperti keyakinan diri, rasa bertanggungjawab, kepimpinan, semangat berpasukan, boleh berdikari dan cergas bagi membolehkan mereka menyeuaikan diri dan boleh bertahan didalam dunia yang sentiasa berubah dan untuk menyumbang kepada perkembangan Negara dan keperluan masyarakat dimasa akan datang.

Beliau menerangkan bahawa setiap sekolah adalah bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program aktiviti kokurikulum masing-masing yang bersesuaian dan selaras dengan visi, misi dan pelan stratejik Kementerian Pendidikan.

Beliau menjelaskan bahawa program aktiviti kokurikulum itu pula hendaklah dibentuk dengan tujuan memberi para pelajar peluang untuk mengembangkan potensi mereka untuk menjadi individu yang lebih menyeluruh, dan juga mendidik pelajar tentang kemahiran khusus, menanam nilai murni dan kemahiran sosial, aktiviti kokurukulum juga melatih pelajar untuk merancang latihan jasmani dan cara beriadah yang sihat dan selamat.

Menurutnya dengan aktiviti kokurikulum ianya memberi ruang kepada para pelahar dari berbagai latar belakang untuk berinteraksi dan berhubung rapat antara satu dengan yang lain serta mewujudkan persahabatan yang berpanjangan, yang mana ianya bukan sahaja akan dapat memperkayakan kemahiran sosial dan komunikasi para pelajar tetapi juga membolehkan mereka memperolehi kefahaman yang lebih jelas tentang betapa pentingnya intraksi dengan kominiti / masyarakt dan kehidupan yang harmoni.

Beliau juga menyarankan kepada pihak Maktab untuk menerapkan rasa patriotism dan rasa tanggungjawab serta keperihatianan terhadap masyarakat sekelilikng termasuklah alam persekitaran, yang mana penerapan boleh dilakukan mellalui aktiviti-aktivit yang berunsurkan komuniti atau kemasyarakatan dan dengannya nanti para pelajar akan dapat menanamkan rasa bertanggungjawab terhadap masyarakat dan membantu pelajar mengembangkan rasa kenegaraaan.

Majlis diterukan dengan pelancaran kad potongan harga PIBG yang mana ianya merupakan salah satu projek persatuan ibu bapa dan guru maktab sains PSBS untuk memberikan keistimewaan kepada ahli-ahlinya.

Persembahan dari 6 buah kelab iaitu kelab pancaragan, tarian tradisional, kendo, kelab korea, pencak silat dan kelab tarian antarabangsa telah dipersembahkan pada yang hadir.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sjiil kepada jurulatih-jurulatih dan penyampian hadiah dan sijil kepada penuntut-penuntut yang terlibat dalam aktiviti maktab yang mana ianya bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah bergiat aktif dalam kelab masing-masing serta memberikan sumbangan kepada maktab sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat negara.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: