ID – Ceramah awam mengenai Pengalaman Umat Islam di Australia

TUNGKU Khamis 29 Oktober – Seseorang  Islam itu adalah wakil pada ugamanya. Ini bererti bahawa sesorang yang beragama Islam mestilah ingat bahawa mereka itu bukan sahaja mewakili diri mereka sendiri, keluarga, bangsa dan negara tetapi mereka juga adalah mewakili Ugamanya iaitu Islam.

Bersifat dan akhlak baik adalah salah satu cirri-ciri seorang Islam dan memereka hendaklah menampilkan bahawa ugama Islam tersebut adalah ugama yang baik dan suci.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Imam Shady Suleiman Al-Hafiz seorang skolar  Islam di Australia yang termashur di Australia, semasa ceramah awam mengenai pengalaman Islam orang Australia yang telah diadakan di Senat Hall, Universiti Brunei Darussalam

Cermah Awam tersebut telah membincangkan mengenai pengalaman umat Islam di Australia dalam menjalankan penghidupan di tengah-tengah masyarakat bukan Islam di Austalia, dan bagaimana beberapa badan Islam di Australia sepert United Muslim of Australia, Australian New Muslims Associaition, Australian National Imams Council dan Islamic Media menanangani cabaran-cabaran yang timbul, khusunya melalui ‘Inter-faith’dialoque bersama masyarakat-masyarakat bukan Islam di Australia.

Semasa sesi soal jawab, Imam Shady telah menjelaskan mengenai Kommunity belia Islam yang terbesar di Australia yang ditubuhkan di Sydney. Menurutnya Kommuniti tersebut telah membangunkan sebuah Pusat Belia bagi belia Islam.

Dipusat tersebut para pentadbir telah membuat beberapa aktiviti-aktiviti, amal, sukan dan yang lain-lain bagi menarik perhatian belia-belia Islam.

Beliau mengatakan bahawa dengan adanya hiburan-hiburan dan tempat-tempat hiburan seperti disko dan kelab-kelab hiburan adalah salah satu tarikan bagi belia-belia Islam yang memandangkan bahawa menunju dan berada ditempat-tempat tersebut adalah seronok.

Dengan adanaya pusat belia bagi kommuniti belia Islam diAustralia, dengan program-program dan aktiviti-aktiviti yang ada, bolehlah menarik para belia Islam ke pusat tersebut dan menjauhi mereka dari pusat-pusat hiburan yang penuh dengan maksiat.

Beliau menjelaskan bahawa setiap umat Islam terutamasekali belia-belia Islam, menanamkan nilai-nilai teras Islam bukan sahaja dihati mereka malah juga di minda mereka supaya mereka akan mengelakkan pergi tempat-tempat hiburan dan menegagkan dan menampil ugama Islam tersebut adalah salah satu ugama yang berdisiplin dan ugama contoh.

Menyentuh mengenai dialogue ‘Inter-faith’ iaitu dialogue sesama orang beragama lain, beliau mengatakan bahawa dialogue tersebut adalah salah satu cara supaya orang awam khusunya yang bukan beragama Islam untuk mengenali dan mengetahui apa Islam itu yang sebenarnya.

Beliau telah menyentuh mengenai trajedi  ‘911’ yang mana semasa trajedi tersebut, Islam telah dilabelkan sebagai Ugama yang menuai sifat-sifat keganasan dan melahirkan terrorist. Dengan adanya dialogue ‘Interfaith tersebut’ umat-umat yang bukan Islam dan masyarakat umum boleh memahami bahawa Islam bukan menanamkan sifat benci terhadap ugama lain, atau menuai sifat-sifat keganasaan, malah sebaliknya.

Imam Shady Suleiman Al-Hafiz  bertanggungjawab untuk pelbagai inisiatif yang menyediakan sokongan dan bimbingan untuk masyarakat Islam di Australia, terutamasekali untuk umat Islam baru Australia dan belia Islam seluruh Australia.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: