IP – Jabatan Pendidikan fillipina melawat Sekoloh Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah , KilanasJabatan Pendidikan fillipina melawat Sekoloh Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah , Kilanas

GADONG Selasa 6 Oktober – Dengan hasrat untuk menjadi sukat-sukat amalan terbaik dalam Pendidikan Madrasah (sekolah agama), di samping permulaan kepada proses kolaborasi dan membina rangkaian dengan institusi pengajian yang berkaitan di bawah kementerian pendidikan Filipina, lawatan kerja Jabatan Pendidikan Filipina diteruskan lagi ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah, Kilanas.

Serombongan 29 delegasi dari Jabatan Pendidikan Republik Filipina (DepEd) dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke negara ini petang tadi mengadakan lawatan ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah, Kilanas, sebagai salah satu satu proses pembelajaran yang membolehkan para peserta menyukat dan membandingkan pendekatan-pendekatan dalam program-program khas serta inovasi yang akan menjadi satu garis panduan ke arah meningkatkan kualiti Pendidikan Madrasah di Republik Filipina secara amnya dan di daerah-daerah lain khususnya

Rombongan yang diketuai oleh Setiausaha Rendah Hal Ehwal Islam, Jabatan Pendidikan Republik Filipina,  Manaros B.Boransing itu juga disertai Penolong Setiausaha Jabatan Pendidikan Republik Filipina, Jonathan E.Malaya.

Fokus perbandingan Pendidikan Madrasah termasuk proses pengajaran dan pembelajaran, struktur sokongan dalam pelaksanaan program, sistem sokongan pengurusan dan prosedur, keupayaan-keupayaan yang diperlukan bagi melaksanakan program untuk Pendidikan Madrasah serta kurikulum dan berkongsi kejayaan orang lain dalam Pendidikan Madrasah.

Para peserta itu juga berhasrat mendokumenkan secara individu mengenai apa yang mereka perolehi dengan menggunakan panduan jurnal pembelajaran serta membincangkan beberapa rancangan dan langkah tertentu bagaimana mereka boleh mengadaptasikan pembelajaran ini kepada program di tempat mereka.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar Sekolah Ugama PAP Majeedah Nuurul Bulqiah, Maladiah binti Liman serta pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan.

Rombongan kemudian diberikan taklimat mengenai struktur pentadbiran sekolah, aktiviti-aktiviti dan akademik yang terdapat di sekolah berkenaan selain berpeluang melihat persekitaran sekolah, bilik-bilik darjah, bilik pentadbiran, bilik guru-guru serta lain-lain kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut.

Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah, Kilanas, telah ditumbuhkan pada tahun 1958 yang mana nama asalnyua adalah Sekolah Ugama Orang Kaya Setia Bakti, Kilanas. Kemudahan yang ada pada sekolah tersebut adalah 15 buah bilik darjah, bilik pentadbiran, dan bilik guru-guru. Kantin sekolah, 3 buah stor buku, tempat berwudhu lelaki dan perempuan, tandas murid lelaki dan perempuan, bilik sumber, bilik perpustakaan, bilik pembersih dan dewan sebaguna.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: