IP-Sambutan Hari raya bersama Residen Al-Islah

MUARA Rabu 30 September –  Hari ini merupakan hari terakhir bagi sambutan hari raya aidilfitri bersama penghuni-penghuni Al-Islah.

Seramai 80 keluarga terdekat penghuni-penghuni Al-Islah telah berkesempatan untuk menyambut hari raya bersama mereka. Lawatan tersebut dibagi pada tiga hari, yang mana hari ini keluarga-kelauraga terdekat 18 orang penghuni telah berkunjung ke Al-Islah untuk menyambut hari raya, dengan mereka.

sambutan hari raya bersama residen Al-Islah

sambutan hari raya bersama residen Al-Islah

Salah seorang residen atau penghuni Al-Islah contoh telah mengatakan bahawa dengan sistem yang ada semasa ini para penghuni-penghuni berpelung untuk menyambut hari raya dengan keluarga mereka.

Menurutnya, para residen telah diberi peluang untuk menganjur acara tesebut dengan pantuan pegawai BKN.

Ini adalah salah satu dari program TC, atau Teripi Kommuniti yang dijalankan di Al-Islah untuk memulihkan para residen dalam persedian mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga mereka dan masyarkat secara umum.

Menurutnya program TC tersebut telah berjaya untuk memulihkan dirinya bukan sahaja dari segi memberhentikannya dari menyentuh dadah, dengan pengubahan sikap dan mental, akan tetapi dengan program tersebut hubungannya dengan keluarganya yang dahulu rengang sekarang amat rapat.

Keluarga menyambut hari raya bersama residen Al-Islah

Keluarga menyambut hari raya bersama residen Al-Islah

Beliau mengatakan bahawa dengan adanya program tersebut yang mana konsep keluargaan dan bersahabat telah ditunaikan di kalangan residen-residen Al-Islah, jati diri mereka yang dahulu rendah sekarang sebaliknya, yang mana mereka merasa semangat, didikan dan dorongan  yang telah diberi oleh para pegawai BKN, Kaunselor dan juga keluarga telah berjaya untuk meningkatkan lagi jati diri mereka.

Suasana yang penuh dengan gembira tersebut dengan titisan air mata  juga merawan hati, yang mana menandakan rasa gembira yang teramat sangat, itulah yang dilihat di wajah anggota keluarga dan penghuni Rumah Al-Islah di Jalan Muara.

Rumah terbuka bagi anggota keluarga untuk beramah mesra bersama penghuni Rumah Al-Islah yang dibukakan dari pukul 8 hingga 10 pagi bermula 28 hingga 30 September 2009.

Usaha itu adalah inisiatif Pusat berkenaan dengan dorongan dan sokongan untuk menempatkan semula penghuni ke pangkuan masyarakat.

Beliau juga menyeru supaya semua pihak membantu mereka yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu beliau ingin merakamkan terima kasih kepada anggota keluarga yang sudi datang bagi menyambut bersama Hari Raya Aidilfitri dan lebih-lebih lagi membekalkan makanan seperti Lemang, Daging Rendang, dan banyak lagi bagi memeriahkan Rumah Terbuka Pusat Pemulihan Rumah Al-Islah hari ini.

Beliau berkata Hari Raya mempunyai kenangan yang manis dan tidak dapat dilupakan.

“Inilah masanya untuk kita bergembira dengan menjalin perasaan muhibah, di samping bermaaf-maafan antara satu dengan lain terutama kegembiraan dan kemeriahan itu turut dirasakan oleh petugas dan para pegawai di Pusat Pemulihan Rumah Al-Islah”

“Sempena di Bulan yang baik ini dan sama-sama kita memeriahkan dan bergembira di Hari Raya Aidilfitri saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada anggota keluarga saya, sahabat handai, dan tidak ketinggalan juga saya ingin memohon maaf kepada semua masyarakat negara ini.”

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: