IP- Bantuan pada Mangsa Kebakaran

BANDAR SERI BEGAWAN Khamis 1 October – Sebagai usaha membantu para mangsa yang ditimpa kebakaran yang berlaku baru-baru ini, Kerajaan Kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda  Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi Majlis Ugama Islam Brunei telah menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada para mangsa yang terlibat.

Awang Liussin bin Awang Daud dan keluarganya yang mana rumah mereka terlibat dengan kebakaran pada 26hb Ogos 2009 beralamat di Kg Orang Kaya Besar Imas, Daerah Brunei dan Muara dan Awang Salleh bin Omar dan keluarga yang mana rumah mereka terlibat dengan kebakaran pada 8hb September 2009 yang lalu, beralamat di Kg Mumong, Dearah Belait telah menerima bantuan berupa yang tunai.

Majlis penyerahan bantuan mangsa Majlis Ugama Islam telah dilangsungkan di bilik Seroja, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Penyeran wang tunai sebanyak $2,800 kepada Awang Liussin bin Awang Daud dan sebanyak $1,800 kepada Awang Salleh bin Omar telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Majlis Ugama Islam, Dayang Hajah Mahani binti Haji Musa. Wang bantuan yang dihulurkan tersebut di ambil daripada kumpulan wang zakat Majlis Ugama Islam Brunei.

Dengan adanya bantuan tersebut diharapkan akan dapat membantu meringankan bebanana dan memberi semangat kepada keluarga yang ditimpa musibah.

Manakala Awang Liussin bin Awang Daud dan Awang Salleh bin Omar kedua-duanya telah merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda  Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Majlis Ugama Islam Brunei kerana menghulurkan bantuan pada mereka semasa mereka ditimpa musibah tersebut.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: