IP – Majlis Doa Selamat bagi pelajar mahasiwa / wi UNISSA

GADONG Rabu 19 Ogos – Bagi meningkatkan keyakinan masyarakat Negara ini dan serantau akan kualiti dan piawaian yang tinggi dan baik terdapat pada institusi-intitusi pengajian tinggi di Brunei Darussalam dan menghindarkan syak wasangka bahawa para graduan pengajian tinggi tempatan hanya terkongkong dalam kepumupungan kampus kecil sahaja dan tidak peka terhadap perkembangan sejagat, program ‘one year study abroad’ adalah ciri baru dalam landskap pengajian tingggi di negara ini, yang mana institutsi pengajian tinggi, Univeristi Brunei Darussalam, Intitusi Teknologi Brunei dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali telah memuatkan program sedemikian dalam kursus-kursus mereka masing-masing.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Haji Suhaila bin Haji Abdul Kadir di Majlis  Doa Selamat bagi pelajar-pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali yang akan mengikuti pengajian selama setahun di luar Negeri bagi sesi pengajian akademik 2009/2010 yang telah diadakan di Perpustakaan UNISSA, Gadong.

Beliau juga mengatakan menjelaskan bahawa program seperti ini akan menjadikan para graduan bakal cerdik-pandai atau ilmuan Isalm yang tidak akan dianggap oleh masyarakat kita hanya sebagai para intelek yang Cuma mendalami ilmu keagamaan Islam semata-mata dalam konteks yang sempit, tetapi sebaliknya, adalah mereka yang mendalami ilmu bidang keagamaan Islam dengan mata dan minda yang terbuka terhadap realiti dunia kita sebenar masa kini, sehingga dapat secara berkesan mengaplikasikan ajaran-ajaran dan hukum-hakam Islam dalam pentadbiran kelangsungan hidup sehariaan masyarakat Negara Brunei Darussalam dengan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup kita.

Beliau menjelaskan bahawa bakal graduan UNISSA adalah sebagai bakal lapisan kepimpinan masa hadapan yang akan boleh membimbing dan memandu masyarakat dengan menegakkan Islam itu sebagai cara hidup bernegara, maka dapatlah generasi Brunei Darussalam di masa mendatang mempertahankan cara hdup murni dengan nilai-nilai kemasyarakatan yang berlandaskan ajaran Islam dengan senantiasa mampu mengharungi peredaran masa yang makin mencabar.

Beliau menerangkan bahawa program ‘one year study abroad’ ini merupakan satu program galakan dari pihak UNISSA kepada para pelajar untuk terus bersaing merebut peluang keemasan bagi menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dari institutsi kedua selain dari institusi kedua selain daripada UNISSA, dan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerland sahaja ditawarkan proram tersebut.

Seramai 14 orang mahasiswa dan mahasiswi UNISSA akan mengikuti program ini iaitu seramai 5 orang akan ditempatkan di Darul Olum, Universiti Kaherah, Negara Arab Mesir, iaitu seramai 3 orang pelajar akan mengikuti program Syariah di Fakulti syariah dan undang-undang dan 2 orang pelajar akan mengiktui program bahasa arab di fakulti bahasa arab.

4 orang pelajar akan di temapatkan di di Negara Arab Jordon, iaitu seroang akan mengikuti program syariah dan undand-undang di  Univerisit Yamouk dan 3 akan mengikuti program usuluddin di university Jordan.

Manakala 4 orang pelajar uUNISSA akan mengkuti program perniagan dan sains pengurussan di 2 buah univerisiti di United Kingdom, iaitu 2 orang akan ditempatkan di Reading Universiti dan sebahagiannya ditempatakan di Exerter Universiti.

Setakat ini seroang mahasiswi UNISSA telah pun berada di luar negara dan sedang menjalani pengajian di UIniversiti Sains Islam  Malasysia bagi program Syariah dan Undang-undang minor Kewangan Islam.

Adapun antara objektif program tersebut  adalah memberikan pendedahan dan pengalaman dalam suasana pembelajaran kepada mahasiwa-mahasiswi UNISSA dalam suasana pengajian yang baru dan berlainan, disamping mendedahkan dan mengeluarkan mereka dari tempat yang selamat iaitu yang bermaksud berasa selesa belajar di dalam negara supaya mereka juga merasakan suasaana pengajian di luar negara yang mempunayi daya saing yang tinggi untuk didedahkan kepada mahasaiwa mahasiwi sekalian.

Di samping itu juga memberikan mereka suasana akademik yang berbeza dan juga pada masa yang saman mengagkat atau meninggikan tahap akademik pelajar dan secara tidak langsung memperknalkan UNISSA dengan mana-mana university di luar negara supaya UNISSA akan dapat juga dinilai tahap akademiknya setandin dengan standard akademik di mana-mana university yang diiktiraf di luar negara.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Pemangku Rektor UNISSA, Pg Anak Dr Haji Amiruddin Alam Shah bin pg Anak Haji Ismail sebagai tetamu kehormat, dan juga pegawai=pegawi utama, pegawai-pegawai kanan UNISSA, para ibu-bapa dan penjaga, serta mahasiswa—mahasiswi yang berkenaan.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: