IP- KKC perlu dikongsikan dengan lain-lain unit atau bahagian

RIMBA Rabu 12 Ogos – Projek KKC perlu dikongsikan dengan lain-lain unit atau bahagian di Jabatan dan Kementerian masing-masing. Ini adalah untuk membolehkan untuk mendapatkan maklum balas dan juga akan mengujudkan komuniti pembelajaran dikalangan ahli-ahli KKC.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Pengarah Institiut Perkhidmatan Awam, selaku pengerusi majlis KKC peringkat Kebangsaan, Haji Junaidi bin Haji Omar semasa Majlia penututup Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang PEringkat Kebangsaan kali ke XII tahun 2009, yang telah diadakan di Institute Perkhidmatan Awam.

Beliau menjelaskan bahawa dengan cara komunikasi  yang teratur samada ia menegak iaitu kepada pengurusan atau mendatar kepada unit atau bahagian yang lain maka projek projek KKC akan dapat dimenafaatkan sepeuhnya oleh Jabatan dan Kementerain.

Sehubung dengan itu beilau juga mengatakan bahawa ada banyak cabaran-cabaran dalam membuat projek KKC, yang mana diantar cabaran itu ialah KKC tidak sepatutnya hanya melihatnya sebagai alat untuk ‘trouble shooting’ atau membaiki masalah yang reaktif, dan ianya bukan sekadar untuk menjadikan ahli perkhidmatan awam untuk bermotivasi untuk bekerja.

Manakala KKC perlu dilihat sebagai engine pembangun kepada ‘core business’ iaitu KKC bold dijadikan kaalis dalam perubahan budaya kerja diddalam perkhidmatan awam.

Beliau mengatakan bahawa cabaran yang seterusnya adalah menjadikan KKC sebagai alat inovasi didalam perkhidmatan Awam akan teatpi sepanjang tiga hari knovensye tersebut dijalankan didapati kebanyakan kumpulan yang tidak berani untuk mencuba ‘tools’ yang baru dalam KKC dan banyak hanya mengunakan ‘tools’ yang basic atau biasa sahaja.

Oleh yang demikian beilau telah mencadangkan untuk kumpulan kumplan supaya menghadiri kursus-kursus yang mengunakan ‘tools’ yang terkini dalam KKC.

Beliau juga telah mengatakan bahawa IPA telah membuat initiatif yang mana IPA telah menubuhkan satu pasukan yang membuat kajian tentang apa kah KKC benar-benar telah memberikan impak yang positif didalam perkhidmatan awam, yang mana memanyakan berberapa isu-isu yang penting seperti.

Apakah projek-projek yang telah dijalankan benar-benar mencapai matlamat KKC yang sebenar atau ia hanya direka-reka semata-mata untuk bertanding dalam konvensyen KKC? Dimanakan salahnya KKC tidak dapat dibudayakan didalam perkhidmatan awam? Dan apakah kita perlu menukar format konvensyen KKC dimasa yang akan datang?

Beliau juga menjelaskan bahawa IPA sedang mengkaji tentang usaha untuk mengaikan KKC dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan seperti merit dalam penilaian prestasi, kenaikan pangkat, dicatat dalam rekod perkhidmatan. Yang mena perkara tersebut akan dapat dibincangkan dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan untuk menilai cadangan tersebut supaya dilaksanakan.

Beliau berkata bahawa dalam era ICT ini, maka IPA juga telah mengadakan dalam halaman webnya yang mana dengan  cara tersebut akan dapat memantapkan lagi program KKC, yang mana ianya juga diharapkan akan menjadi halaman web yang berfunsi sebagai inisiatif IPA dalam pembelajaran yang berterusan mengenai KKC.

Projek-projek KKC juga boleh juga mengunakan ‘cross functional team’ iaitu melihat mengenai masalah ‘ownership’ yang terdapat dalam jabatan atau bahagian tidak hanya dapat diselasaikan oleh unit atau bahagain tersebut tetapi ia memerlukan unit atau bahagian yang lain untuk sama-sama menyelesaikan masalah mereka.Ini akan dapat meningkatkan kerjasama diantarabahagian dan unit-unit dalam satu jabatan.

Beliau juga telah mengumumkan bahawa IPA pada masa ini sedang memikirkan untuk menubuhkan KKC untuk menangani projek yang berbentuk masalah dalaman kementerian supaya sejajar dengan pelan strategi kementerain dan jabatan masing-masing bagi memcapai matlamat wawasan Kemajuan Negara 2035.

Manakala ketua penal hakim KKC, Aminudin bin Haji Buntar telah mengatakan bahawa pencapaian purata pada tahun ini menurun sebanyak 2.4% jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, persembahan menunjukkann peningkatan.

Akan tetapi perlu diambial perhatian dari segi definasi dan pempiawaian dan pemantauan kerana ianya menampakkan bukan saja  penurunan dari tahu sebelumnya bahkan kriteria ini adalah diantara kelemahan yang besar bagi kumpulan KKC.

Beliau telah memberi kesimpulan yang mana, standard projek-projek yang telah dibentengkan adalah ditahap sederhana dan ada beberapa kesilapan yang sering berlaku bukan saja pada kumpulan yang baru bergiat tetapi juga pada Kumpulan yang matang walaupun telah diberi penjelasan terutamanya pada kumpulan yang pernah ikut serta pada konvensyen sebelumnya.

Beliau mengatakan bahawa fasilitator untuk memainkan peranan yang lebih aktif sebagai “in-house” resource, dan peningkatan peranan Jawatankuasa Pandu atau Pengurusan dalam memastikan ”value of the project” dan menambah nilai terhadap pencapaian organisasi mereka dan bukan berupa ”display project” secara ”reverse engineering” untuk kegunaan konvensyen sahaja.

Konnvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) mula diperkanalkan kedalam perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam pada tahun 1984, yang mana tujuan utamanya dalam pengunaan KKC adalah untuk bergerak ke tahap prestasi yang tertinggi dan berterusan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang dihasilkan oleh warga Perkhidmatan Awam.

Inisitif tersebut merupakan usaha kerjaan memamntapkan jentera pentadbiran kerajaan melalui Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan agar berfungsi dengan efektif, efisien dan ekonomi.

Konsep-konsep yang didedahkan dalam KKC, banyak menitik beratkan kepada pentingnya amalan kerja secara berpasukan dan bermesyarah dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah secara sistematik untuk memenuhi dan melebihi kehendak pelangan.

KKonvenyen KKC peringkat Kebangasa pada tahun 2009 dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA) yang mana seramai 20 pasukan turut bertanding yang melibatkan 15 Jabatan-jabatan yang mewakili 9 Kementerain-Kementerian Kerjaaan.

Keputusan pemenang KKC bagi tahun 2009 akan diumumkan pada Hari Perkhidmatan Awam 2009 nanti.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: