IP – Senyuman merupakan satu sedekah

BANdAR SERI BEGAWAN Sabtu 1 Aug – Jururawat perlu sentiasa menggunakan bahasa yang sopan dan nada suara yang menyangngkan yana mana jururrawat seharusnya sentiasa mengamalkan sifat pemadulian, peramah dan murah dengan senyuman semasa menjalankan tugas.

Perkara tersebut telah dipertengahkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Haji Rosli Haji Mustafa semasa pembukaan rasmi kursus orientasi bagi jururawat dan bidan baru berkhidmat bagi tahun 2009 yang berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan.

Belaiu menerangkan bahawa jururawat perlu memiliki sikap dan cara berkomunikasi yang betul degnan pelanggan, khususnya ketia bersemuka dengan para pesakit. Senyuman adalah merupakan satu sedekah dan sekaligus boleh menjadi ubat yang mujarab bagi pesakit, yang mana sifat-sifat terpuji yang tersebut merupakan antara adunan atau ramuan yang diperlukan bukan saja bagi jururawat tetapi juga bagi seluroh warga Kementerian kesihatan yang menekankan perkhidmatan ‘mesra pelanggan’.

Munurtnya para jururawat merupakan modal insane yang penting dan sangat berharga dalam perkhidmatan penjagaan perubatan dan kesihatan. Jururawat juga adalah rakan kerja penting kepada para doctor dan menjadi orang tengah dengan pesakit dan ahli keluarga mereka yang mana mereka terlibat secara langsung dalam menasihat dan mendidik para pesakit dan keluarga mereka dalam isu-isu yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Beliau menambah bahawa para jururawat juga perlu berubah dan beredar jah dari tugas tradisi menjaga pesakit dikatil sahaja kepada yang bebentuk teknikal yang tinggi, yang mana mereka perlu cekap dalam membantu mengenalpasti dan menangani masalah pesakit serta pandai merancang keperluan dan kehendak pesakit mengikut keadaan. Beliau mengatakan bahawa ini membuktikan betapa tugas dan tanggungjawab seorang jururawat itu sangat penting dan untuk menjadi seorang jururawaat terlatih ianya hanya dapat diperolehi melalui rangkaian kursus amali dan latihan praktikal yang comprehensif.

Dengan itu beliau menyeru pada para juruwat untuk tidak bersikap ‘complacent’ atau sambil lewa dan jangan berlaku cuai dalam melaksanakan tugas kerana ia akan mengundang banyak masalah, menjeaskan imej Kementerian dan perkhidmatan kejururawatan serta keyakinan orang ramai kepada quality perkhidmatan yang dihulurkan.

Beliau juga menyeru pada para jururawat yan gbaru berkhidmat untuk menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari bagi merawat dan memaduli pesakit-pesakit, yang mana mereka hendaklah terus berusaha dalam meningkatkan kemahiran dan keupayaan dengan mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang kejururawatan dan juga mengikuti perkembangan terkini demi untuk memantapkan lagi dan keyakinan orang ramai kepada kualiti perkhimatan yang diberikan.

Belaiu menasihatkan kepada para jururawat supaya bersikap inovatif dengan mendapatkan ilmu pengetahuan dan degnan penggunaan pendekatan baru yang lebih kreatif, responsive dan effektif bagi mempromosikan kesihatan, pencegahan penyakit, ,penjagaan, penyembuhan dan rawatan.

Beliau juga menegaskan bahawa sebagai rakan kerja dalam sebuah organisiasi maka adalah penting untuk setiap dari kalangan jururawat untuk mengamalkan sikap tolong menolong, bertoleransi dan menjadi sebuah pasukan kerja yang mantap dan ikrab.

Sehubung dengan itu beliau beliau mengatakan bahawa dengan memasuki kerjaya dibidang kejururawatan, para jururawat harus bersedia dalam mengharungi dan berhadapan dengan apa jua pahit maung dan dugaan-dugaan serta cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi dengan penuh ketabahan dan sentiasa bersikap professional, iaitu dapat mengawal diri dalam apa jua keadaan dengan menunjukkan sikap dan jati diri serta kepimpinanan yang tinggi semata-mata demi menjaga imej dan nama baik profession kesihtan dan perubatan.

Adalah matlamat orientasi krusus selama 12 hari tersebut (1hb Ogos hingga 15 Ogos) tersebut adalah bagi membekali maklumat dan panduan tertentu dalam ussaha memudahkan jururrawat-jururawat dan bidan-bidan baru mengenali akan ekspektasi performa dan prooriti semasa menerajui tanggungjawab perkhidmatan kakitangan kerajaan, serta memberi kesedaran kepada pegaawi dan kakitangan supaya lebih menyedari keadaan pesakit-pesakit yang tinggal di luar Bandar, dan juga bagi mencabar inisiatif, kebolehan berkomunikasi, perancangan strategic, kemampuan membuat keputusan dan mengimplementasi membina inisiatif bekerja berpasukan  untuk mencapai matlamat pasukan.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: