IP – Penyampaian Sijil bagi bengkel dyslesik

GADONG Sabtu 1 Ogos – Disleksia (Dyslexia)adalah satu kesulitan dengan pembacan, ucapan atau  tulisan, yang mana keupayaan membaca di bawah kecenderungan tahap yang dijangka pada kanak-kanak.

Sehubung dengan itu, untuk memberi pendidikan bermutu bagi semua dan mempromosikan keadilan pembelajaran selari dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan Abad ke-21 (SPN21) satu bengkel mengenai Disleksia (Dyslexia) telah pun diadakan.

Pada hari ini majlis penututup dan penyampaian sijil untuk 25 orang peserta telah diadakan bagi menandakan kesudahan bengkel  selama 8 hari yang bertajuk ‘Memenuhi  Keperluan Pendidikan bagi pelajar-pelajar yang  disleksia dalam bilik-bilik darjah’, yang telah diadakan di Unit Pendidikan Khas, Gadong.

Ucapan Timbalan Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Pg Hj Sarah bte Pg Hj Kamaluddin telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Kanan, Cikgu Bukit bin Hidup.

Dalam ucapannya beliau telah mengatakan bahawa  Siri bengkel yang ke tiga mengenai pendidikan khas telah meliputi topik-topik seperti pengenalan untuk kesukaran-kesukaran pembelajaran khusus dan disleksia, melaksanakan satu taksiran tidak rasmi tentang disleksia kanak-kanak berumur  7 tahun keatas.

Beliau juga berharap bahawa setiap peserta akan terus bersemangat dan kerja dengan sepenuh hati dalam menyediakan sokongan pembelajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar yang disleksia bagi membolehkan mereka untuk fungsi seperti pelajar-pelajar yang lain.

Belau juga menggalakkan semua peserta untuk kerja sama  dalam perancangan dan pelaksanaan program-program bagi memajukan kemahiran kenal huruf untuk pelajar-pelajar dengan disleksia di sekolah-sekolah dan di rumah.

Beliau juga mengambil peluang untuk juga menyeru  semua peserta-peserta bengkel untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan kemahiran-kemahiran yang telah diperolehi semasa bengkel tersebut dengan rakan sekerja mereka di sekolah masing-masing.

Beliau juga mengatakan bahawa pelajar-pelajar akan mencapai keupayaan maksimum dan menyumbang kepada ahli masyarakat dari hasil-hasil pendidikan dan kecenderungan sokongan pembelajaran yang dari guru-guru serta ibu bapa.

Bengkel tersbut telah dijalankan oleh Pengarah program pendidikan Singapura, Roslan Saad Dan Penasihat Pendidikan dari Persatuan Dyslexia Singapura (DAS), Aishah bte Said.

Tujuan bengkel tersebut  adalah bagi menilai dan mengenalkan para peserta mengenai pelajar yang mengalami disleksia, mengunakan pelbagai cara-cara mengajar dan strategi-strategi pembelajaran pada pelajar-pelajar yang disleksik, untuk meningkatkan lagi tahap kemahiran membaca, menulis, ejaan dan matematik mereka.

Antara lain ianya juga meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan  menyediakan peluang-peluang untuk menjadi  ahli-ahli terapi pendidikan berdaftar dalam kawasan disleksia

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: