IP – Sambutan Israk Mikraj KKBS

BANDAR SERI BEGAWAN Khamis 30 Julai – Peristiwa-peristiwa Mikraj merupakan peristiwaa yang luar dari tanggapan ahli bumi, tetapi apabila perita Israk telah dapat diterima oleh ahli bumi secara peraturan khusus yang luar biasa, degnan nas yang terang dari Al-Quran dan Al Hadis serta dalil kenyataan, maka Mikraj juga dapat diterima dengan nas Al-Quran dan Al-Hadis serta Dalatul Iltizam.

Perkara ini telah diterangkan oleh Ceramah khas dari Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz JHaji Awang Mail bin Haji Besar semasa sambutan Israk Mikraj anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dikendalikan oleh Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam ceramah tersebut beliau telah menguraikan mengenai  hikmah dan pengajaran daripada Israk dan Mikraj,antaranya adalah memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah Taala kepada hamba-Nya.

Antara pengajaran Israk Mikraj adalah mengenai antara dasar bagi amal islami ialah musyawarah, dengan ahli-ahlinya, sebab itulah walaupun Nabu Muhammad Sallallahu alaiahi wassallam adalah semulia-mulia manuisa, tetapi ia tetap bermasyuawarah dengan NAbi Musa alaihissalam dan Jibrail alaihissalam, untuk satu-satu masalah umat, iaitu bilangan solat.

Manakala Pemangku Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, selaku pengerusi Majlis Sambutan Israk Mikraj,  Dayang Aminah binti Haji Momin, mengatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah  semata-mata dengan niat untuk mengingati dan mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam yang banyak diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa atau kejadian aneh yang amat menakjubkan.Dengan perhimpunan tersbuta akan dapat meningkatkan lagi kesedaran dan keimanan, untuk terus mendekatkaan diri kepada Allah subahanahu wa taala dengan mengambil pengajaran terhadaap apa jua kejadian cubaan, dugaan, dan peristiwa yang melanda kehidupan dan dunia ketika ini.

“Kita haruslah sentiasa mengintrosepeksi diri bagi memperbaiki segala kelemahan melalui pelbagai amalan yang berkebajikan untuk  mendekatkan diri mkita kepada Al-Khaliq tempat kita memohon sdegala kesudahan yang baik di semping melaksanaakan tugas dan tanggungjawab sebagai warga perkhidmatan awam yang benar0benar jujur, amanah, dan bijaksana dalam suasana harmoni dan semangat setiakawan demi bangsa, agama dan negara,” kata beliau.

Sambutan Israk Mikraj juga diselajurkan dengan meraikan salah seorang kakaitangan Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah memeluk agama Islam iaitu, Dayang Norita binti Jumat yang telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Rasyiqah binti Abdullah Jumat.

Hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad bin Jumat. Turut hadir juga adalah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan,  Dato PAduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal dan pemangku timbalan setiausata tetap kementerian kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Muhammad bin Haji Abdul Rahman,serta Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan dari KEmenterian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Jabatan-jabatan dibawahnya.

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: